Background

Saturday, March 7, 2009

Balik Kampung.....

My family with Ndak n her daughter+fren

Me N my little sis....

Me @ Ban Pecah,Tg Piandang


28/2/09....


Erm..tup2 pagi tu ayh ajak balik kg..alamak baju lum basuh lagi..igt nk basuh hari nih..apa lagi bangun pagi tuh terus la aku basuh kain..dgn mesin n ada yg kena basuh manual dgn tgn..takut rosak baju..aku kalo time sekulah x sempat basuh baju..tggu cuti la baru nk basuh baju..dalam kul 9.30pg kami bertolak balik kg...sampai Bagan Serai singgah umh paksu.Dah terlajak singgah aku pun survey la set bilik tido sekali..paksu aku nih tokey perabut..so,aku decide amik set bilik tdo..walhal pada mulanyer nk amik meja solek n katil jer coz takut lari bajet..tp paksu aku ckp baik amik jer 1 set plus almari..mak aku pun setuju so aku on jer..waduh melayang la 1k aku..x per benda nih nampak so x sia2 la beli...bkn selalu pun..pas tuh balik umh tokwan.


Ptg tuh ndak balik umh tokwan..ank dia bawa balik kawan tgk laut..umh tokwan x jauh dari laut.aku pun dh lama x p tgk laut tmpat nelayan kumpul hasil tangkapan..ndak ajak aku g Ban Pecah..tok ckp tmpat tu dulu org kg bina empangan or ban tp selalu jer pecah sbb tu nama dia ban pecah..sampai kat sana angin kuat sgt sbb nk ujan..x disangka2 time aku n family berjalan ke kereta,pusar angin lalu kat tmpat kami lalu...abis warung kat c tu tumbang..pinggan mangkuk pun terpelanting..aku n mak pun rasa nk melayang..mak dh pegang ayh takut melayang..sambil tu dia azan..aku nih heran naper yg lain wat dek jer...rupanyer tmpat kami lalu tuh jer kena angin tuh..benda tu jadi sekelip mata..alhamdulillah syukur x der perkara x diingini berlaku..aku pun dup dap dup dap gak la time tu...kecut perut...dh la baru 1st time g c tu dh jadi camtu...mak dah fobia dh..aku pun terpk camner la B aku kat laut kalo ribut camni..mudah2an B selamat sentiasa..aku selalu doakan dia sejahtera di lautan...


















Sailing Back....

Dah 3 hari B kembali duty di lautan...

4.03.09 B dah pun naik kapal...now dia kat tgh lautan...sepanjang di lautan kami lost contact..hanya yg mengalami nasib sama jer yang memahami..betul x warga chenta kapal community??esoknyer petang tu pas balik sekolah rasa sunyi sgt..sampai menitis air mata...hu3..emo sgt..yer la selalunyer dia selalu kol n msg..x der dia aku sunyi n rasa kehilangan..aku cuba sesuaikan diri dgn keadaan ini semula..bkn x biasa kena tgl camni..dari start dia kejer as 3rd engineer kpl aku dh selalu dlm situasi camni..dah seminggu dua nanti everything going back to normal...nasib aku kira baik gak la coz paling lama lost contact pun seminggu lebih jer..pas dia balik port ada line leh la contact semula.tp B cakap operation kali nih may b sebulan baru balik port..stock mknan pun bawa banyak..hopefully x la sampai sebulan..kalo x mmg rindu thp gaban la...camner la kalo dh kawen nanti ek?dh tgl sebumbung tentu rasa lg sedih bila selalu b2 tiba2 tgl sorang jer..tp banda nih dh lama aku pk start kami couple lg..insyaallah aku leh survive without him for 3 mths..sacrifice for our happiness...waiting for u B...

Wednesday, February 25, 2009

Sungguh Tension....

Amat2 tension hari ini...

Hari nih mmg banyak uji kesabaran aku...perangai students aku yg makin menjadi jadi buat aku hilang sbr...rasa nk pukul sampai mati jer budak2 tu tapi...nauzubilah...aku masih waras lagi..camni al kisahnyer....hari ni 2nd day my stdnts xzam penilaian 1..time aku jaga exam form 2 Harapan yg glamer dgn kenakaln diorg tuh,budak2 nih bising bersembang coz diorg x tau nk jwb paper math tuh...pas talk slowly dgn diorg, diorg pun dok diam2...ok la tuh...pas bis masa aku pun blah n masuk klas 2Maju plak sebelah jer dgn kelas 2 H tadi...cikgu yg gantikan tmpat aku lum masuk kelas 2H lg...time ulangkaji 4 next paper time tu...so budak2 nih start la tunjuk perangai setan diorg...aku dok sebelah dgr budak2 bising kat kelas 2H td..terkejut aku 2 stdnts aku tgh bergaduh sakan...bertumbuk sampai aku x larat nk leraikan sorg2..nasib ada stdnt yg tlg aku leraikan..aku nih kederat x baper nk ada...dh la tgh period..mmg cpt rasa letih...aku leraikan diorg sampai aku menangis la tgk pergaduhan yg teruk tuh...yg buat bertambah sedih sbb diorg ank melayu baru form2 dh tunjuk samseng...nangis +geram sampai menggigil badan aku...pas tu aku masuk balik kelas 2M td sambil nangis2...waduh malu giler budak2 tgk...tp tu mmg perangai aku..kalo aku geram sgt air mata pun mengalir sama..x tau naper...pas tu ada la ank2 murid aku dtg minta maaf...hati aku sanagt2 sedih tgk ank melayu cam tu...kurang didikan n cepat terpengaruh..sedih!!!!

Sunday, February 22, 2009

Heppy Annerversary....!!!

Heppy 5th Annerversary...

Hari nih 22/2/09 genap la 5 tahun aku n tunang bercouple...tu kalo kalender omputih.kalo ikut kalender Islam kami declared pada 1 muharram 1425..igt2 balik aku bersyukur sgt cinta pertama aku kekal sampai skrg..harap aku dgn dia kekal bersama sama akhir hayat..
amin...aku x leh menaip lama2..esok sekolah kena tdo awal..esk nk guna banyak tenaga menjerit dlm kelas...he3...

Monday, February 16, 2009

Renung2kan....

Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."


Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?


Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.
Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.


Berharta-Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!
Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?
Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.


Keturunannya-Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.
Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?
Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.


Kecantikannya-Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.
Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.


Agama-Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam memilih calon pasangan.Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.
Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Sunday, February 8, 2009

Buat Renungan Bersama....

HADIS BUAT WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, February 5, 2009

Happy B-day Mak....!!

simple cake 4 my luvly mum....


Moga panjang umur n murah rezeki+cepat dpt cucu..he3...

Semalam genap umr mak 53 tahun...dh super senior dah..x leh ckp tua nanti terasa..he3..smlm balik sekulah dh lambat x sempat nk g beli kek kat mak..so,td ayh amik aku kat sekulah terus g pekan beli kek arijadi mak..beli ABC sekali...panas sungguh kat pdg td tu rasa nk minum ABC...td ada sukantara sampai kul 4pm...aku bertugas ari nih..kak jan balik awal..sampai umh terus aku suh mak potong kek..yg si cilik Dina tu pun nyibuk gak nk potong..so,potong kek sekali la...lgpun bday dia baru jer lepas..migrain aku dtg balik..stress kot dgn stdnt aku..sakit sgt mlm td..dh lama x mkn ubt migrain so x de la spare...nih pun denyut2 lg...balik sekulah td lum rest lg..pas celebrate bday mak terus on komputer print bahan latihan utk stdt n taip nama budak kelas aku...hu3..sugguh tension..tp k la dari nganggur kat umh lagi boring...baru pas solat asar td..nk rest jap la baru nk mandi n solat maghrib...fuh,penat la...