Background

Saturday, July 18, 2009

ISTERI SOLEHAH....

Isteri Yang Solehah

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-citakeluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepadasuami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hatisuami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinyabersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdakmelanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelahia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaansuami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.